KDB Tun Habab Form 6 (Keselamatan Penggunaan Internet)
5 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Mei 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam bersama Kluster Kota Tinggi telah mengadakan KDB di Sekolah Menengah Tun Habab bertajuk Keselamatan Penggunaan Internet. Program ini melibatkan seramai 75 pelajar tingkatan 6. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap salah laku kepenggunaan internet selaras dengan perkembangan dunia siber. Program ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini dijalankan hasil kerjasama bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia kluster Kota Tinggi. Program ini dijalankan untuk memberikan maklumat keselamatan dan cara penggunaan internet dengan betul. Dalam dunia berteknologi ini, ramai pengguna tidak mahir dan tahu tentang selok belok dalam dunia siber. Ini menjadi tugas kami untuk memberi panduan dan tunjuk ajar dalam melayari internet. Dalam program ini juga kami membuat sedikit aktiviti dimana pelajar tersebut dibahagikan dalam kumpulan dan diberikan tugas untuk dibentangkan apabila dipinta.
Disini kami dapat mengenalpasti dengan lebih terperinci sama ada mereka memahami ape yang kami sampaikan dan mengukuhkan lagi pahaman mereka. Kami juga menyediakan hadiah kepada mereka sebagai tanda kami menghargai mereka atas usaha mereka menjayakan program ini. Kami juga berharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang agar kami dapat memberi maklumat yang tepat pada masa-masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: